Peminat keris lama

Peminat keris lama
MINAT Mohamad Noor Awang Kechik untuk mengumpulkan keris berputik apabila dia menerima sebilah keris daripada ayahnya yang merupakan juga guru silatnya. "Pemberiannya amat saya hargai sehingga mendorong saya untuk terus mengumpulkan keris," katanya.Mohamad Noor, 58, menerima keris itu daripada ayahnya selepas tamat perguruannya bersama ayahnya yang merupakan guru silat di kampung beliau di Pasir Mas, Kelantan pada 1973.Pesara Mohamad Noor setakat ini sudah mengumpulkan lebih 200 keris yang mana kebanyakannya adalah keris lama yang diperolehi daripada sanak-saudara, kawan dan orang perseorangan.Katanya, usaha mendapatkan keris lama itu sukar dan memakan masa yang lama selain perlu menyediakan peruntukan wang untuk membelinya.“Ia berbaloi kerana barangan itu mempunyai nilai yang tinggi dan kesan sejarahnya. Apabila mendapat sesuatu keris terutama yang lama, saya berasa puas dan ia dijaga dengan baik dan rapi."Saya menganggapnya sebagai satu amanah yang diberi untuk menyimpannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kg. Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Menyingkap pertemuan dengan penulis, Mohamad Noor berkata, keris yang dihadiahkan ayah beliau yang juga guru silatnya itu berasal dari Terengganu dan dipercayai berusia lebih 200 tahun.Mengikut cerita Mohamad Noor, keris itu dibuat secara tradisional dengan menggunakan besi-besi yang terpilih. Mohamad Noor menyayangi keris tersebut yang mengembalikan ingatannya kepada arwah ayahnya itu."Bermula detik itu saya berminat pada keris terutama keris lama kerana barangan ini mempunyai nilai sejarah."Kebanyakannya bersangkut paut dengan sejarah kebesaran negara dan kekuatan pahlawan Melayu zaman dulu kala," katanya. Mohamad Noor berkata, hobi menyimpan keris itu begitu istimewa kerana ia adalah barangan yang mempunyai nilai seni dan sejarah.Antara keris dalam simpanannya berasal dari Kelantan, Terengganu,Patani, selain dari Jawa dan Majapahit, Indonesia.Dia akan meneruskan hobinya itu kerana ia mendedahkannya kepada sejarah Nusantara yang mana keris dianggap sebagai lambang kekuatan dan kepahlawanan pendekar Melayu.
Beliau juga menjadikan hobi beliau sebagai mata pencarian beliau selepas beliau bersara. Beliau juga banyak mengadakan pameran-pameran keris di merata-rata tempat di serata negeri. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam pameran yang diadakan di Muzium Negeri Kelantan baru-baru ini dengan menyumbangkan koleksi berharga beliau untuk tatapan generasi sekarang. Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi beliau di talian 012 9896071.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home